Mohd Noor Izwan bersama Norsaliriah keluar dari kamar mahkamah semalam

Tidak solat selepas gaduh dengan isteri

Mohd Rizal AbdullahBALING- Seorang suami, Mohd Noor Izwan Esa mengaku tidak pernah mengerjakan solat selepas bergaduh dengan isterinya, Norsaliriah Ashri.

Ketika ditanya oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Baling,  Syeikh Muhamad Soleh Salim, Mohd Noor Izwan berkata, beliau memang tidak bersolat akibat masalah dalam rumah tangga mereka.

Mohd Noor Izwan bersama Norsaliriah keluar dari kamar mahkamah semalam

“Pagi tadi kamu solat Subuh tak? tanya Syeikh Muhamad Soleh.
“Tidak,” jawab Mohd Noor Izwan ringkas