Sampai 12 ekoq!!

12 ekor ular beranak dalam rumah!!

STORY INI PUN DAH LAMA..JUST NAK KONGSI PIC YANG LEBIH CLEAR!!

TAWAR- Sebuah keluarga di kawasan Jalan Bakar Sampah, Tawar terkejut setelah mendapati rumah yang dihuni merupakan sarang ular berikutan penemuan 12 ekor anak tedung senduk di dalam rumah itu.

M.Krishanabeni,37, bersama suami, Budik,44, terkejut setelah menjumpai seekor anak ular yang keluar dari lubang lantai rumahnya awal pagi kelmarin.

Sampai 12 ekoq!!

“Pada mulanya saya hanya lihat seekor anak ular. Kemudian, suami tangkap dan buang ular itu ke dalam hutan.

“Keesokkannya, terdapat seokor lagi anak ular keluar dari lubang yang  sama.Keadaan itu mengakibatkan saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) kerana risau terdapat lebih dari seekor ular di dalam lubang itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, lima anggota JPAM dikerahkan ke tempat kejadian dan mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan 12 anak ular yang terdapat di dalam lubang lantai itu.

M.Krishanabeni berkata, dia dan suami termasuk enam orang anaknya terpaksa tidur di ruang tamu sejak malam kelmarin berikutan risau dengan kehadiran ular pembunuh itu.

“Tambahan pula, hanya anak ular sahaja yang dijumpai, tidak mustahil masih terdapat ular induk di dalam rumah ini. Diikutkan hati, saya ingin berpindah, tetapi saya tidak mampu menyewa di rumah lain. Justeru, saya dan keluarga terpaksa tinggal di sini,” katanya.

Menurutnya, kucingnya turut memberikan petanda mengenai kehadiran ular itu apabila kucingnya sering menghidu dan mengorek sesuatu di dalam lubang lantai tersebut sebelum ini.

“Saya perasan kucing saya sering mengorek sesuatu di dalam lubang tersebut, tetapi tidak menyangka kucing itu sedang mengorek sarang ular yang berada di dalam rumah saya.

“Sekiranya, anak ular  itu terus berada di dalam rumah ini, pasti ia akan membayakan kami sekeluarga.” katanya.

Katanya, dia dan keluarga masih berada di dalam ketakutan kerana terkenangkan sarang ular yang berada di dalam rumahnya.

“Saya tidak sedar selama ini ular sedang bertelur di dalam rumah saya. Saya tidak dapat bayangkan ular-ular itu membesar seterusnya keluar di dalam lubang tersebut.

“Sekarang, hati saya belum tenteram kerana ular induk belum dijumpai. Sehingga kini, saya masih trauma untuk mendekatkan diri ke dalam lubang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap JPAM cawangan Baling berkata, ke semua anak ular itu dipercayai berusia antara setahun berdasarkan saiz anak ular tersebut.

Kesemua anak ular itu di bawah ke Pejabat JPAM cawangan Baling sebelum dibuang ke dalam hutan.